Jom kita terjah pasal Taj Mahal lak ......
Negara yang banyak melahirkan tokoh pejuang kemerdekaan antaranya Mahatma Ghandi, bukan sahaja kaya dengan seni warisan tradisinya, malah agak unik dengan kisah cinta tersohor Maharaja Shah Jehan dengan Maharani Mumtaz Mahal.
Apabila berkunjung ke negara India, tidak lengkap jika para pelancong dan pengembaranya tidak menjejakkan kaki mereka ke Taj Mahal. Binaan bersejarah Taj Mahal yang menjadi sebutan ramai di seluruh pelosok dunia ini dikatakan sebagai lambang cinta suci Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal.
Sungguhpun banyak kawasan pelancongan lain ditawarkan oleh India, namun lawatan ke Taj Mahal perlu menjadi satu agenda. Dan perasaan itu jugalah, yang bermain-main di hati penulis bersama dua puluh empat pelancong Pearl Of The Orient Travel (Poto) yang melawat negara tersebut baru-baru ini.
Kami menjejak kaki ke bumi India semasa mentari senja terbenam. Penat lelah kami dalam penerbangan terungkai seketika apabila wakil daripada syarikat pelancongan Mughal Holidays Pvt. Ltd. Bashir Khan dan rakan-rakannya sudah sedia menunggu dengan mesra di balai ketibaan Lapangan Terbang New Delhi
Sebaik sahaja tiba, kami terus diraikan dengan kalungan bunga sebelum dibawa ke Hotel Pablas, yang terletak di Saraswati Marg, Karol Bagh, New Delhi untuk penginapan pada hari pertama.
Keesokan pagi bermulalah episod jelajah kami. Kami berlepas ke bandar Agra dengan menaiki bas selama lima jam dan destinasi pertama kami adalah Taj Mahal.
Untuk memasuki kawasan Taj Mahal pelancong tidak boleh menaiki bas, sebaliknya mereka perlu menggunakan van yang disediakan. Dan ketika kami tiba di pintu utama Taj Mahal iaitu Seedi Gate, setiap pelancong telah diperiksa rapi oleh para pengawal yang bertugas.
Taj Mahal yang dibina pada bulan Disember, 1631 itu dianggap antara senibina yang terindah di dunia sejak
beberapa abad lalu telah menjadi tarikan utama pelancong luar untuk ke negara itu.
Menurut pemandu pelancong kami, berjuta pelancong mengunjungi Taj Mahal setiap tahun. Ini membuktikan
pelancong yang datang ke India akan melawat ke Taj Mahal.
Taj Mahal yang dibina daripada marmar putih dikatakan mempunyai warnanya tersendiri biarpun dalam setiap ketika dan cuaca yang berbeza.
Dikatakan warnanya kelam di kala subuh, putih bak mutiara ketika tengah hari dan mengagumkan semasa bulan terang-benderang. Sementara kubahnya pula umpama bintang yang berkilauan di langit.
Pembinaannya mengambil masa selama 22 tahun dan lebih 20,000 pekerja dikerahkan untuk menyiapkan istana berkenaan. Biarpun Taj Mahal bukan sebuah masjid namun ia merupa bangunan terpenting dalam sejarah tamadun Islam.
Dalam pada itu, di sebelah kiri istana Taj Mahal terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Jamek dan di kanannya pula didirikan sebuah rumah tetamu. Pada bahagian dalam bangunan Taj Mahal yang dianggap sebagai lambang kisah cinta penuh klasik itu pula tersemadinya pusara pasangan diraja berkenaan.
Taj Mahal yang mempunyai keunikan dan warnanya yang tersendiri cukup indah untuk pelawat mengabdikan
kenangan dengan bergambar di persekitarannya. Selain bangunannya yang unik, lanskapnya juga menarik dan diserikan dengan sebuah kolam yang terletak di tengah laluan utama di situ.
Info dr. Harakah.net .....








0 comments:
Post a Comment