Followers

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, September 21, 2011

3 Cara untuk Membentuk Persekitaran Pembelajaran Sihat buat Si Manja Anda



Tatkala si manja membesar dalam dunia yang penuh rintangan, anda pasti prihatin terhadap perkembangannya:
Berapa banyak dan berapa cepatkah si manja dapat belajar? Adakah terdapat cara untuk membantu si manja
menghadapinya?
Dr. Goh Chee Leong, Pakar Psikologi Kognitif berkongsi pendapat bagaimana kita dapat membentuk persekitaran
yang membantu merangsang kanak-kanak menyerap dan memproses ilmu.
Perkembangan Psikologi mengajar kita bahawa tempoh 6 tahun hayat pertama si manja adalah tempoh di mana
minda mereka akan sentiasa menyerap dan memproses ilmu.
Sebagai ibu bapa, kita tidak perlu memaksa anak-anak kita belajar. Kanak-kanak secara semula jadinya dilahirkan
sifat ingin tahu tentang dunia di sekitar mereka dan akan saling memerhatikan persekitaran mereka ketika belajar.

Sebagai ibu bapa peranan kita adalah umpama petani. Seorang petani tidak boleh memaksa tanamannya tumbuh
dan membesar, tetapi dia menyediakan persekitaran yang terbaik untuk tanamannya seperti memberikan baja, air
dan cahaya matahari yang secukupnya.
Seperti yang demikian, kita harus memastikan si manja mendapat khasiat yang secukupnya. Ini kerana,
pengambilan khasiat secukupnya dalam nisbah yang bersesuaian dengan umur si manja dapat membantu
mereka menyerap dan memproses ilmu dengan berkesan.

Selain khasiat, berikut adalah tiga perkara mudah yang dapat kita lakukan untuk menyediakan persekitaran
pembelajaran yang sihat.

Tip 1: Dedahkan si manja anda kepada pengalaman baru
Pertama, berikan pendedahan kepada si manja untuk lebih mengenali dunia penuh maklumat. Kita tinggal
di dunia yang sungguh menakjubkan dengan beraneka bahasa, warna, idea dan pengalaman. Tugas kita
adalah untuk meluaskan pandangan mereka dan meneroka keunikan dunia di luar sana.

Anda sendiri boleh mengorak langkah awal dengan membacakan buku kepada si manja ketika
mereka masih kecil. Apa jua jenis buku, sama ada buku hikayat ataupun geografi dan sains, ia membuka
minda si manja kepada dunia baru.

Anda juga boleh membawa mereka ke tempat-tempat menarik seperti zoo, akuarium, muzium, taman bunga,
tasik, kedai muzik atau ke kedai-kedai berdekatan. Ini memberikan mereka peluang untuk belajar perkara dan
pengalaman baru. Ini membolehkan mereka memerhati persekitaran lain di luar rumah dan merangsang proses
pembelajaran dengan lebih berkesan.

Tip 2: Biar si manja menanam sendiri sifat ingin belajar
Kedua, sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita memberikan peluang kepada si manja memulakan proses
pembelajaran mereka sendiri.

Kebanyakan ibu bapa bertanyakan saya apakah yang perlu diajar kepada anak-anak mereka. Jawapan saya;
mulakan dengan perkara yang menarik minat mereka.

Jika si manja anda meminati haiwan, bacakan mereka buku tentang haiwan dan bawalah mereka ke zoo.
Jika mereka berminat tentang kapal terbang, bawalah mereka ke lapangan terbang.

Apabila si manja anda mencapai umur 3 hingga 4 tahun, mereka sering bertanyakan banyak soalan seperti
 “Kenapa langit berwarna biru?” atau “Kenapa kereta perlukan minyak?”

Soalan-soalan sebegini menunjukkan mereka sangat dahagakan ilmu pengetahuan. Kita sebagai ibu bapa
haruslah menggalakkan mereka untuk bertanyakan pelbagai soalan dan memberikan perhatian kepada
soalan-soalan yang diajukan. Kemudian, cubalah menjawab soalan mereka tadi. Apabila kita mendengar dan
menjawab kesemua soalan itu, kita sebenarnya memberitahu si manja bahawa pembelajaran mereka itu
adalah penting buat kita.

Tip 3: Berikan galakan dan pujilah si manja anda
Akhir sekali, sebagai ibu bapa kita boleh membantu si manja dengan memberikan pujian ke atas usaha mereka
untuk belajar dan selalulah memberikan mereka galakan, meskipun mereka membuat kesilapan.

Kadangkala, keinginan kita untuk bersaing adalah tinggi dan kita mungkin terlalu menumpukan terhadap hasil
berbanding tahap kemajuan. Kita perlu sedar bahawa si manja belajar pada tahap kelajuan yang berbeza.
Setiap kanak-kanak memiliki keupayaan unik yang tersendiri.

Sebagai contoh, apabila si manja belajar bagaimana untuk menulis atau membaca, mereka sudah tentu
akan membuat banyak kesilapan pada mulanya. Anda mestilah perbetulkan kesilapan mereka dengan
cara lembut, tetapi tumpukan kepada usaha mereka dan bukannya kesilapan mereka.

Pembelajaran merupakan satu penerokaan. Penerokaan si manja bermakna mereka mencuba sesuatu
perkara yang baru dan ia bukanlah mudah. Mencuba sesuatu perkara baru melibatkan pengambilan risiko.
Sebab itu, apabila si manja anda mencuba sesuatu perkara baru seperti membaca atau menulis,
usahanya itu harus diberi ganjaran, bukannya hukuman.

Galakan penuh kasih sayang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan sihat.
Ia akan membantu si manja mencapai potensi mereka.

Tingkatkan pembelajaran efektif si manja anda dengan membantu mereka menyerap dan memproses
ilmu dengan lebih baik. Dutch Lady 123 & 456 yang diperbaharui dengan TT-Ratio™ bersama 3 tip daripada
Dr. Goh tentang pembentukan persekitaran pembelajaran sihat untuk si manja, boleh membantu si manja
belajar secara lebih berkesan dengan penyerapan dan pemprosesan ilmu yang lebih baik.


0 comments:

My Family ....

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Lilypie Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers
get this widget here

Blog Archive