roses

Followers

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, January 27, 2012

Kehendak Anak Tak Semua Perlu Dituruti

Salam semua,

sesuatu yang boleh kita share dari Karangkraf ...








Memperoleh cahaya mata adalah saat yang paling bahagia. Apatah lagi jika waktu penantiannya cukup lama. Kerana itulah ramai yang menuruti segala kemahuan anak kerana tak mahu insan yang disayangi rasa kecewa.
Antara sedar atau tidak, ibu bapa sebenarnya telah memberikan didikan yang salah dalam usaha menggarap potensi diri si anak menjadi lebih berdikari dan cemerlang di masa hadapan. Mungkin kerana tak ingin anak yang disayangi merasai kesusahan yang dilalui ibu dan bapa satu ketika dahulu, lantaran itu kemewahan diberi tanpa tapisan.
Wang dan kemewahan hanyalah elemen sampingan dalam menjayakan watak yang dikehendaki. Mungkin ada yang terlupa, insan kecil ini adalah amanah dari Yang Maha Kuasa. Disebabkan itulah mereka perlu diberi ilmu yang berkualiti serta sahsiah diri yang sejati. Antaranya suami isteri perlu praktikkan petua berikut dalam mendidik anak-anak:-

1. Gunakan Nama Atau Panggilan Yang BaikNama yang baik dikatakan membantu memperelok peribadi diri si anak. Biarpun dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Mat Kopi’ kerana fizikal yang kurang disenangi. Sebagai ibu bapa, mereka seharusnya peka pada emosi dan sensitiviti anak masing-masing agar keyakinan diri anak berkenaan tidak berkurangan.
2. Rahsia Pelukan Dan Ciuman
Kajian menunjukkan, anak-anak yang dipeluk dengan penuh kasih sayang setiap hari akan membesar dengan emosi yang baik, berkeyakinan dan memiliki kekuatan IQ yang tinggi. Nah, sudah mengetahui rahsianya maka usah sekali-sekali biarkan anak kesayangan anda tidur atau bangun tanpa pelukan dan ciuman.
Fahamilah bahawa mereka mempunyai perasaan ingin dibelai, dimanjakan serta disayangi oleh ibu bapa biarpun ada ketikanya kerenah yang ditunjukkan sedikit menjengkelkan. Terimalah bahawa ia hanya untuk menarik perhatian dan bukannya sikap yang sebenar.

3. Dorong Anak Buat Kebaikan
Setiap kali si anak membuat kebaikan atau mencapai suatu kejayaan maka berilah kata semangat seperti ‘bagus’, ‘pandai’, ‘tahniah’ atau apa sahaja bagi menggerakkan diri mereka untuk lebih seronok melakukan perkara-perkara baik.
Seeloknya iringilah dengan perlakuan seperti pelukan, ciuman, pemberian hadiah atau pujian untuk menunjukkan betapa anda menghargai usaha yang ditunjukkan. Selain itu, boleh juga pamerkan sikap ambil berat dengan membuat persiapan majlis hari jadinya atau menyediakan hadiah biarpun harganya tidak seberapa. Anak-anak yang lahir dari persekitaran yang menghargai dirinya akan belajar untuk menghargai orang lain juga.

4. Hargai Barang Kesayangan Anak
Cubalah hargai barang-barang kesayangan anak terutamanya permainan biarpun tayar lorinya sudah hilang sebelah. Jangan sekali-sekali membuangnya tanpa meminta kebenaran kerana dikhuatiri si anak akan berkecil hati apabila mendapat tahu perkara yang sebenar.
Perlahan-lahan, ajarlah si manja anda bagaimana untuk mengemas dan menyimpan kembali mainan yang telah digunakan. Nescaya dengan cara ini, barang kesayangan anda juga akan dijaga dengan baik kerana anda menghormati barang kesayangan mereka.

5. Jangan Letakkan Harapan Tinggi
Usah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Ketahuilah bahawa proses perkembangan mereka berperingkat dan berkemungkinan besar pengajaran bukanlah pada kali pertama ilmu itu diterima. Jangan mudah berikan hukuman atau herdikan sekiranya mereka gagal penuhi ‘kehendak’ anda setelah perkara yang sebenarnya diketahui.

6. Carilah Masa Berkualiti
Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.
Sedarlah bahawa anak-anak ini memerlukan anda untuk membuat sebarang keputusan. Peruntukan masa yang berkualiti untuk mereka dan sekiranya keluar bersiar-siar, usah sesekali lupa untuk memegang tangan sewaktu berjalan bersama. Ia sebenarnya menjadikan si anak berasa lebih selamat dan berfikiran bahawa kehadirannya sentiasa diperlukan.

Lahirkan Anak Kreatif Dan Cemerlang
1. Ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berfikiran positif dan menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab sebaiknya terutama soal perintah agama.







coretanku pada kali ini.......

Semuanya nak duit lagiiiii

Assalamualaikum wbt.

Woman Working on a Car Engine


Dugaan datang lagikkk :(  ... hari ni hari ke 3 balik dan pergi naik motor, apa taknya kereta buat hallah pulakkkk ....... 

 sebenarnya tk jadi masalah pun tapi fikirkan anak-anak ibu nak pergi sekolah susah nak bawak kami sekeluarga yang enam orang ni sekiranya  naik motor  ....


Vintage Style Cartoon of a Girl Riding Her New Bike at Christmas clipart

 nasik baik ler anak-anak ibu time ni tengah cuti ... sempena sambutan tahun baru cina ... pihak sekolah mereka ni bg sambung cuti sampai seminggu. Apa lagi ada kat rumah jerlah jawabnyaaaaa.

Nasib baik ada kawan cik abg kita ni yang baik hati nak dipinjamkan motornya, motor cik abg kita ni lak belum dihidupkan rotexnya ... nasib baik gak motor tu pun cuma digunakan sekitar tempat kerja dia sahaja ... bila dah jadi macam ni kena ler hidupkan cepat2 rotex motornya ..







coretanku pada kali ini.......

Thursday, January 26, 2012

Cari benda lain terjumpa benda ni lakkk


Salam,

Tadi balik dari kerja tengahari nak cari muqaddam untuk anak sebab ustazahnya nakkan
muqaddam .... sebelum ni si syirah dan mimi dah  naik quran tapi
dah gurunya ada guru lain so saya suruh abahnya cakap 
ustazah tu mulakan balik bagi diaorg kenal lagi ayat2 tu kan ...

So tadi jumpa dah sebenarnya muqaddam tu ... tapi ternampak lak majalah niiii 



erra fazira

Sebenarnya dah lama tak ikut perkembangan akan majalah ni pun ... dulu 
masa kerja kat seremban di pusat rawatan islam, balik kerja tk ada nak
buat apa, so lepak dengan majalah ni lerrr ...

Awalnya tak ler diendahkan sangat akan majalah ni punnn,
bih tu kawan serumah memang tiap minggu ada jer Majalah ni berganti2
so minat mula nk menumpang sekaki nak baca 
majalah ni, baca punya baca oky gak ler ...
Ianya lebih kepada kehidupan kita sebenarnya,
segala pahit manis dalam kehidupan seseorang, samada yang masih 
bujang atau dah berkahwin ...

okylahh kalau ada sesiapa nak cari pengalaman kehidupan dan 
bagaimana nak mengatasinya leh cari majalah ini ....







coretanku pada kali ini.......

Bumi berdepan ribut solar terkuat

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Berita dari kosmo semalam ...

Sekurang2nya ia menguatkan kita untuk beribadah kepada Allah bahawa kita sedang menghampiri hari kiamat
yang kita tidak ketahui ialah bila dan masa .... Kita sama-samalah berdoa agar
kita sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah ... Semua orang akan menghadapinya ..
Moga dengan kejadian yang kita dengari ini menjadikan kita sentiasa mengingati-NYA

------------------------

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi










coretanku pada kali ini.......

My Family ....

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Lilypie Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers
get this widget here

Blog Archive